Bermula Semula

chatroom

Hasil titik peluh terbitkan album (Metro 20/10/09)



{credit photo: azlandaniel}
sbb pic dalam paper lebey kurang cmnih jek..hu3{@metro on9 xde pic lerr}


KEKUATAN naib juara program realiti Akademi Fantasia musim keenam
(AF6), Mohammed Idris Mohd Zaizizi atau Riz bukan saja pada lirikan
matanya malah melingkari lontaran suaranya yang gemersik dan syahdu
tatkala menyanyikan lagu bergenre balada.



Justeru, tidak hairanlah apabila kehadiran penyanyi tinggi lampai ini
sentiasa mendapat perhatian. Walaupun menyepi seketika selepas
berakhirnya AF6, dia kembali menyengat menerusi single Ku Pinjam Satu
Bintang, hasil paduan suara bersama Alya.

Sepinya Riz, 23,
bukan bererti menarik diri, tetapi sibuk dengan proses album sulungnya.
Akhirnya, kerja keras yang dimulai sejak hujung tahun lalu membuahkan
hasil apabila Riz bakal menerbitkan album penuh yang dijangka berada di
pasaran hujung bulan ini. Biarpun tidak sabar menanti, dia dikatakan
pula mendapat tajaan golongan VIP bagi merealisasikan impiannya.

Apatah lagi, sesi pelancaran album solo Riz di Hard Rock Cafe,
baru-baru ini turut dihadiri golongan itu. Turut hadir di majlis itu
ialah Pengurus Artis dan Repertoir Warner Music Malaysia, Mokhtaza
Ahmad.

Melihat kemesraan Riz bersama mereka dan pengakuannya
mengenai kos pengeluaran album yang 100 peratus ditanggungnya menerusi
Riz Entertainment, menguatkan persepsi negatif itu. Justeru, kesempatan
bertemu dengannya selepas majlis pelancaran albumnya, tidak
disia-siakan untuk menyusuri lanjut persoalan itu.

"Cabaran
paling besar ketika melahirkan album ini adalah wang dan disebabkan itu
saya mengambil masa yang agak lama. Kalau dikatakan saya mendapat
tajaan, awal-awal lagi selepas keluar AF sudah ada album.

"Tetapi, mengapa saat ini baru ada? Ini kerana saya berusaha menyimpan
separuh pendapatan hasil dari setiap persembahan yang dijayakan. Mereka
yang anda lihat, adalah ahli kelab peminat rizangels dan datang sini
untuk memberi sokongan padu pada karier seni saya. Langsung, tidak
lebih dari itu," katanya.

Agak skeptikal jawapan yang diberikan
Riz apatah lagi sebelum ini ada kedengaran yang empunya badan bercuti
di luar negara iaitu Jakarta, Phuket dan Australia. Sudah tentu
perbelanjaan diperlukan bukan sedikit, merangkumi harga tiket
penerbangan, hotel, makanan dan juga membeli-belah. Ditambah, tolak dan
bahagi semua, berapa banyaklah persembahan yang dapat dijayakannya itu
dapat memenuhi perbelanjaan kos pengeluaran album.

"Bukankah
sekarang syarikat penerbangan sibuk mempromosi pakej penerbangan murah?
Saya sebenarnya sudah lama mendaftar di laman web mereka untuk dapat
tiket murah. Jadi, ini sedikit sebanyak mengurangkan kos perbelanjaan.

"Lagipun, saya ada restoran sendiri iaitu Restoran Riz , di Grik yang
menjual makanan ala Thai. Selepas melihat kejayaan memberangsangkan,
saya berpeluang membuka cawangan baru selepas raya baru-baru ini.
Alhamdulillah, berkat persembahan dan keuntungan bersih daripada
perniagaan restoran, secara tidak langsung membantu saya mengumpul wang
untuk hasilkan album solo. Justeru, saya harap tidak ada lagi mana-mana
pihak meragui sumber mana saya dapatkan duit," tegas Riz.


Menyingkap albumnya yang berjudul, Bermula Semula, beritahu Riz, proses
rakaman bermula seawal September tahun lalu. Menariknya, lagu Ku Pinjam
Satu Bincang, duet bersama Alya digubah semula dalam versi solo.


"Ketika ini, semua lagu sudah siap dirakam dan bakal menjengah pasaran
pada hujung Oktober. Sebenarnya, lagu Berjudul Semula yang digubah Ajai
mempunyai makna mendalam kerana menyamai kisah peribadi saya. Bila
menyanyikan lagu itu, saya teringat ketika awal-awal masuk AF. Ketika
itu, emak dan ayah bercerai dua minggu sebelum saya sertai AF.

"Konsert minggu pertama hinggalah minggu ketiga, saya langsung tidak
nampak ayah. Menjelang minggu keempat ayah datang melihat persembahan
saya tetapi dia duduk berasingan dengan mak. Saya pula tidak boleh
keluar dari situ dan jumpa mereka kerana itu adalah undang-undang di AF.

"Alhamdulillah, konsert minggu kelima saya lihat mereka duduk sekali.
Dari situ, saya andaikan mereka sudah berbaik-baik hinggalah kini
hubungan ayah dan emak masih utuh. Jadi, saya tujukan khas lagu
Berjudul Semula kepada mereka," ujar Riz.

Posted by FCR | at 11:24 AM | 0 comments

Digilai mak datin, Riz tidak kisah (Kosmo 19/10/09)

Digilai mak datin, Riz tidak kisah




SEBELUM ini heboh kononnya kehidupan Riz ditaja sehingga membolehkannya bergaya sakan dengan barangan berjenama mewah termasuk memiliki sebuah kereta mewah, BMW 320i.

Apatah lagi kerjaya seninya masih baru berputik dan tidaklah sehebat mana.

Melihat kepada kebanyakan peminat yang hadir pada majlis pelancaran album penyanyi Riz atau nama sebenarnya Mohammed Idris Mohd Zaizizi baru-baru ini, ia seperti mengiyakan gosip hangat yang pernah tersebar tentang dirinya itu.

Kebanyakan mereka terdiri daripada golongan kenamaan termasuk kerabat diraja, wanita berpengaruh dan mak datin yang dilihat menyokong kuat perjalanan kerjaya pemuda berusia 24 tahun ini.

Seperti mengetahui apa yang berlegar di minda pihak media, Riz menjelaskan semua peminat golongan kenamaan itu telah menyokongnya sejak dia berada dalam program Akademi Fantasia (AF6) musim keenam lagi.

Justeru, tiada salahnya jika mereka masih menyokongnya sehingga ke hari ini.

"Saya tidak kisah siapa yang minat saya, remaja, orang tua, lelaki, atau mak datin sekali pun saya menerimanya. Bagi saya sebagai artis saya tidak boleh menentukan kelompok peminat. Semuanya terpulang kepada seseorang individu.

"Saya senang dan selesa dengan keadaan sekarang walaupun ada mulut-mulut di luar sana yang mengatakan saya ditaja oleh peminat yang kaya raya. Baguslah mereka berduit boleh beli album saya yang asli," ujarnya berseloroh.


RIZ menunggu lebih setahun untuk menghasilkan sebuah album penuh yang turut menyaksikan kolaborasinya dengan penyanyi Alyah.


Meskipun kebanyakan peminatnya terdiri daripada golongan kenamaan, itu bukanlah satu tiket untuk Riz mengambil kesempatan terhadap peminatnya.

"Kalau benar saya ditaja orang, rasanya album saya sudah lama keluar tidak perlu menunggu sehingga setahun. Tetapi kerana bajet yang terhad dan menggunakan wang simpanan saya sendiri baru sekarang album solo pertama saya muncul," ujarnya.

Tambahnya lagi, sepanjang tempoh setahun wang diperolehi dari persembahan nyanyian akan disimpan sedikit demi sedikit ke dalam akaun syarikat miliknya Riz Entertainment bagi membikin albumnya.

"Bukan murah nak buat album berpuluh ribu juga habis, itu belum masuk promosi dan lain-lain kos. Kalau benar ditaja tidak perlulah saya susah-susah kumpul duit.

"Peminat yang datang hari ini semua sekadar menyokong sahaja tidak lebih daripada itu," katanya jujur.

Album buat ibu bapa

Istimewanya tentang album yang berjudul Bermula Semula ini, Riz memberitahu ia ditujukan buat kedua-dua ibu bapanya kerana ketika memperolehi lirik lagu tersebut ia seolah-olah menggambarkan situasi keluarganya.

"Bapa dan ibu saya pernah bercerai dalam dua bulan semasa saya masuk AF6, kemudian mereka rujuk semula tidak lama selepas itu.

"Judul album Bermula Semula menggambarkan satu permulaan baru buat ibu bapa saya. Saya bersyukur kini mereka sudah kembali bersama," katanya yang berkolaborasi bersama Alyah dalam lagu berjudul Bermula Semula.


RIZ menafikan dia ditaja oleh orang kenamaan atau mak datin.


Menyentuh tentang album lagi, Riz telah memberi sepenuh kepercayaan kepada komposer terkenal Ajai selaku penerbit dan pencipta kebanyakan lagu dalam album sulungnya itu.

Pilihannya itu dianggap tepat kerana kebanyakan lagu yang diperdengarkan pada majlis pelancaran albumnya di Hard Rock Cafe cukup mesra telinga.

Kata Riz, dia memilih Ajai disebabkan kredibiliti yang dimiliki komposer itu dan yakin dengan hasil yang bakal diberi kepadanya.

"Album ini hasil duit saya, cuma tiga lagu dibiayai oleh Astro Entertainment Sdn. Bhd. kerana telah dirakam ketika Maestro masih ada.

"Oleh itu, saya mahu yang terbaik dan saya sebenarnya suka dengan kebanyakan lagu-lagu Ajai. Bukan saya tidak mahu bekerjasama dengan komposer lain, sebab ada dua lagu saya dicipta oleh orang lain.


ANTARA kenamaan dan datin yang menyokong kerjaya Riz.


"Disebabkan ini album pertama, ia sekadar percubaan. Kalau peminat suka mungkin album seterusnya baru saya akan bekerja dengan ramai komposer," ujarnya tentang album yang kebanyakan liriknya ditulis oleh rakan media.

Masalah pasaran album lembap memang tidak pernah berkesudahan tetapi menurut Riz pada mulanya dia juga seperti penyanyi baru yang lain hanya ingin melahirkan sebuah mini album.

Tetapi selepas berbincang dengan Ajai dan setahun tempoh kajian, akhirnya mereka mencapai kata sepakat menghasilkan album dengan lapan buah lagu termasuk versi live lagu yang dinyanyikan pada konsert terakhir AF6 yang berjudul Hanya Sandiwara.

"Setiap penyanyi mesti nak keluarkan album, cuma saya bernasib baik kerana dapat hasilkan sebuah album penuh dalam pasaran yang agak lembap," ungkapnya.


RIZ bersama ahli keluarganya semasa pelancaran album Bermula Semula.


Walaupun begitu, Ajai cukup yakin album sulung Riz bakal mendapat sambutan kerana selain dijual secara fizikal oleh pihak Warner Music (M) Sdn.Bhd yang bertindak selaku pengedar, setiap lagu juga boleh dimuat turun oleh peminat.

"Memang sekarang zaman muat turun tetapi saya percaya promosi cara lama paling berkesan apabila artis Wake The Baby, Alyah berjaya menarik perhatian masyarakat dengan bakat yang dimilikinya.

"Berdasarkan pengalaman itu, kami akan gunakan sepenuhnya untuk mempromosi album ini termasuk mengadakan persembahan pentas jelajah di seluruh negara untuk mendekatkan diri dengan peminat," terang Ajai.


KOMPOSER Ajai dan Ketua Bahagian Domestik Warner Music, Ahmad Mokhtazar melancarkan album Bermula Semula bersama Riz.


Selain lagu Bermula Semula, lagu Ku Pinjam Satu Bintang yang dinyanyikan secara duet bersama Alyah juga dimuatkan dalam album itu. Menariknya dalam album Riz lagu tersebut akan dipersembahkan secara solo.

Bukan itu sahaja, album Bermula Semula turut menampilkan lagu Hanya Sandiwara, Harus Ku Pergi, Kau Wanita, Kehilangan, Cinta Ini dan Khilaf.

Posted by FCR | at 12:34 PM | 0 comments

ALbum Solo Riz Bukan Ditaja Mak Datin! [murai.com.my]





Teks & Foto oleh Haswari Ali


KUALA LUMPUR, 17 OKTOBER 2009:
Kehadiran kelab peminat Riz ketika pelancaran album sulung naib juara Akademi Fantasia 6 (AF6) itu di Hard Rock Cafe Kuala KL, baru-baru ini telah menimbulkan gosip.


Mana
tidaknya, ini kerana ramai peminat Riz atau nama penuhnya, Mohammed
Idris Mohd Zaizizi, pada hari itu tergolong dari kalangan Mak Datin,
Datuk malah kerabat diraja yang sememangnya nampak sangat teruja dengan
Riz.


Terdetik persoalan, adakah album Bermula Semula
yang telah mendapat sentuhan komposer popular Ajai dari Wake The Baby
serta edaran oleh Warner Music (M) Sdn Bhd itu mendapat tajaan dana
daripada peminat VIPnya itu? Malah apabila Riz kini memandu sebuah
BMW, ia juga digosipkan sebagai kereta tajaan seseorang.


"Saya dah agak perkara ini akan digosipkan. Terus terang
kesemua mereka hanyalah peminat setia saya yang sangat saya hormati.
Malah sokong saya malah turut membeli album saya seperti mana peminat
lain. Itulah perkara yang sangat mengharukan saya. Kedatangan mereka
membakar lagi semangat saya dan itulah 'tajaan' yang tidak ternilai.


"Sebenarnya semua peminat VIP ini telah menyokong saya sejak dari dalam AF lagi," jelas Riz bersungguh-sungguh.


Album Bermula Semula
menyenaraikan 8 lagu yang mendapat sentuhan Ajai sebagai produser serta
pembabitan beberapa nama popular dalam penulisan lirik seperti
Slen, Abie Abdullah, Rosli Manah dan Ajai sendiri.


Berpuas hati dengan kemunculan album itu, Riz menjelaskan Bermula Semula adalah hasil daripada duit simpanannya sendiri yang langsung tidak mengharapkan simpati atau 'pembiayaan terlindung'.


Katanya, daripada 8 lagu, hanya 3 lagu daripada album itu, Hanya Sandiwara, Ku Pinjam Satu Bintang dan Kau Wanita
telah disokong oleh Astro Entertaiment Sdn Bhd (AESB) sebagai syarikat
showbiz yang bertanggungjawab memperkenalkan namanya ke persada seni
hiburan.


Riz berkata, kerana kos penerbitan album itu yang
agak mahal, dia terpaksa menangguh seketika penerbitan album itu
sehingga simpanan kewangannya benar-benar mencukupi untuk melahirkan
sebuah album penuh seperti hari ini.


"Sepatutnya album ini
sudah dilancarkan beberapa bulan lalu tapi memandangkan ketika itu duit
masih belum cukup, kenalah saya tungggu lagi. Banyak perkata perlu saya
selesaikan seperti membayar rumah, kereta dan belanja harian.


"Kalau
hendak tahu, ada satu masa, saya terduduk termangu bila memikirkan soal
duit dan penerbitan album ini. Pernah juga saya mengikat perut dengan
hanya makan mi segera saja, semata-mata nak kumpul duit untuk buat
album ini. Alhamdulillah berkat usaha dan kesabaran semuanya telah
tercapai," ujarnya.


Ibu dan ayah Riz sudah kembali bersatu


Sedar
ini adalah masa terbaik untuk melahirkan album, Riz bersyukur kerana
berpeluang menujukan salah satu lagu daripada album itu kepada kedua
ibu bapanya yang telah bersatu kembali selepas beberapa bulan tidak
tinggal sebumbung.


Menurut Riz, lirik yang tertulis pada lagu Bermula Semula cukup memang simbolik bagi menceritakan kegembiraannya sebagai anak yang dapat melihat ibu bapanya kembali bersama.


"Sebenarnya
ketika saya menyertai AF dulu, saya mengalami masalah keluarga. Mak dan
ayah saya mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama. Awalnya konsert
AF minggu pertama, ayah saya tidak datang melihat saya.


"Tapi
masuk minggu ke-3, saya dapat lihat ayah datang ke konsert meskipun
tidak duduk dekat ibu saya ketika itu. Dari minggu ke minggu saya lihat
mereka semakin rapat yang akhirnya memutuskan untuk bersama kembali,”
katanya dalam nada terharu dan gembira.


Selain single popularnya Hanya Sandiwara dan lagu duet bersama Alyah, Ku Pinjam Satu Bintang yang kerap berkumandang di corong-corong radio, Riz turut mempertaruhkan lagu seperti Khilaf, Harus Ku Yang Pergi dan Cinta Ini.


Lagu-lagu
ini juga boleh dimuat turun untuk dijadikan nada dering bagi telefon
bimbit anda. Sementara itu, difahamkan, lagu Riz dan Alyah iaitu Ku Pinjam Satu Bintang layak menyertai semi-final Muzik Muzik dan pengumuman rasmi akan dibuat oleh TV3 minggu depan. Tahniah Riz!

Posted by eddy riz fan'z fren'z | at 1:50 AM | 0 comments

RIZ TEGUH@METRO AHAD 18 OCTOBER 2009



Oleh Firdaus Sahat
firdaussahat@hmetro.com.my

BUKAN mudah untuk melihat impiannya memiliki album tercapai. Malah sejak bergelar Naib Juara Akademi Fantasia 6 (AF6), terlalu banyak cabaran perlu ditempuhinya.

Pasang surut dunia hiburan cukup dirasainya. Ditipu dan terpedaya juga mainan kehidupannya sejak menjadi anak seni. Namun berbekalkan semangat teguh, Riz tidak mahu berundur meskipun kerjaya seninya perlahan berbanding rakan seangkatan.

Bagaimanapun, ia cerita lalu. Kini pemilik nama Mohammed Idris Mohd Zaizizi tidak mahu peristiwa lama menghantui kerjayanya.

Dengan harapan menggunung, Riz mahu bermula semula menerusi penampilan album sulungnya yang bakal memasuki pasaran sedikit masa lagi.

“Alhamdulillah selepas lama menanti dan berharap, album sulung berjudul Bermula Semula akhirnya siap dirakam.

“Lapan lagu dimuatkan dalam album ini. Terima kasih kepada Ajai selaku produser album kerana bertungkus-lumus memastikan ia tampil dengan kualiti tersendiri, “ katanya.

Kata Riz, albm berkonsepkan balada itu turut nenampilkan lagu hits Ku Pinjam Satu Bintang (duet bersama Alyah) tetapi diperbaharui dalam bentuk solo.

“Rasanya jika peminat mahu mendengarkan lagu duet saya bersama Alyah, versi pertama berkenaan boleh didengari daripada album Alyah dan juga di radio.

“Bagaimanapun saya tidak nafikan lagu duet berkenaan adalah versi terbaik. Namun saya memperbaharui lagu itu kerana mahu mewujudkan kelainan. Sekurang-kurangnya peminat dapat mendengar lagu yang pelbagai.

“Album ini turut mengangkat lagu ciptaan Ajai dan lirik oleh Abie Abdullah berjudul sama sebagai single. Lagu berkenaan juga berkait rapat dengan kehidupan saya.

“Jadi judul berkenaan dipilih sebagai judul album, sekaligus menunjukkan saya kembali menghiasi pentas seni menerusi penampilan album baru ini, “ katanya.

Di sebalik kejayaannya, masih terselit cerita kurang enak yang melingkari kerjayanya. Malah kelewatan abum berkenaan disiapkan syarikat rakaman Wake The Baby juga menjadi isu untuk menjatuhkan kariernya sebagai anak seni.

Bagaimanapun, secara jujur Riz tidak memandang berat desas-desus berkenaan. Katanya, meskipun album berkenaan lewat dikeluarkan, ia ada penjelasan tersendiri.

“Saya akui sudah lama Ajai mempelawa saya untuk merakam album. Malah kerjasama antara kami juga bermula apabila saya dipanggil berduet bersama Alyah walaupun tidak secara rasmi.

“Mungkin disebabkan perkara itu ada yang mengatakan Ajai tidak bersungguh-sungguh dalam pembikinan album ini, tetapi bagi saya sebaliknya.

“Selaku komposer dan produser, Ajai sangat sibuk, malah ketika dalam proses merakam lagu saya, Ajai turut terbabit dalam pembikinan album beberapa artis lain. Jadi, bagi menjaga kualiti semua produk, Ajai terpaksa menyiapkan satu demi satu.

“Jika mahu mengatakan Ajai buat kerja sambil lewa, pasti album ini sudah lama disiapkan. Ini tidak, saya terpaksa mengikut semua proses dengan betul, malah pemilihan lagu juga dilakukan berkali-kali demi mencari yang terbaik,” katanya.

Pengalaman bersama Ajai juga memberi warna dalam hidupnya.

“Bekerja dengan Ajai umpama bekerja dengan rakan. Kami boleh berkongsi idea dan melawak seperti dengan kawan. Selain itu, Ajai berfikiran terbuka dan ia memudahkan sesiapa saja bekerja dengannya.

“Insyaallah jika ada peluang, saya mahu bekerjasama dengannya lagi. Namun, ia terpulang kepada soal rezeki. Harap-harap album ini diterima peminat,” katanya.

Posted by eddy riz fan'z fren'z | at 1:46 AM | 0 comments

Wartawan Senior Tulis Lirik Album Riz



credit photo : AzlanDaniel

credit to: Rosli Manah (Mangga online)


Secara kebetulan album sulung Riz berjudul Bermula Semula menampilkan empat wartawan yang boleh dikira senior sebagai penulis lirik. Adakah ia sebagai strategi untuk mendapatkan publisiti lebih meluas?

Sebenarnya ia secara kebetulan kerana komposer Ajai yang menerbitkan albumnya telah biasa bekerjasama dengan Slen (Roslen Fadzil dari murai.com.my) dan Abie (Harian Metro) dalam projek album artis lain sebelum ini. Untuk album Riz khidmat mereka juga digunakan.

Abie menulis lirik lagu Bermula Semula yang dijadikan single pertama album tersebut manakala Slen menulis lirik untuk lagu Khilaf dan lagu Kupinjam Satu Bintang. Kesemuanya ciptaan Ajai. Dean (Saharuddin Musthafa dari Utusan Malaysia) pula menyumbangkan lagu Hanya Sandiwara yang dinyanyikan oleh Riz dalam konsert akhir Akademi Fantasia 6 tahun lalu. Turut menulis lirik, Rosli Manah dari manggaonline.com.my) menerusi lagu ciptaan Ajai, Cinta Ini.

Album yang tersebut diterbitkan oleh syarikatnya sendiri, Riz Entertainment dengan kerjasama Wake The Baby Records milik Ajai. Warner Music pula menjadi pengedarnya.

Sokongan VIP

Dalam majlis pelancaran album itu di Kuala Lumpur baru-baru ini kelihatan kelibat beberapa orang ternama termasuk puteri Sultan hadir memberi senyokong kepada Riz. Ada yang tanya adalah mereka terlibat secara tidak langsung membiayai pembikinan album Riz?

"Kalau ada pihak yang membiayai album ini, sudah lama album saya dipasarkan. Saya gunakan wang sendiri yang saya kumpul selama ini, sebab itu album saya lambat sikit disiapkan.

"Saya puas sangat sebab akhirnya album saya disiapkan dan berada di pasaran," kata Riz.

Posted by eddy riz fan'z fren'z | at 1:42 AM | 0 comments

Tak pinjam bintang Alyah dan Stacy

Tak pinjam bintang Alyah dan Stacy




BUKAN adik-beradik, bukan juga teman rapat. Namun, banyak persamaan yang dimiliki oleh Riz dan Chaq yang kini duduk di bawah jagaan syarikat rakaman milik komposer Ajai, Wake The Baby.

Masih baru dalam menjadi anak seni yang tegar, mereka mahu mencipta nama dan mengecapi populariti sepertimana yang diraih artis dan penyanyi popular seperti Datuk Siti Nurhaliza atau Anuar Zain.

Umum tahu, mereka menempa nama melalui pertandingan program realiti iaitu daripada Akademi Fantasia 6 (AF6) serta Mentor yang baru saja selesai pertandingannya.

Masing-masing membawakan muzik berkonsep pop R&B namun persamaan mereka lebih jelas boleh dilihat apabila karier mereka dibayangi wanita lain untuk bertapak dalam industri muzik.

Menggabungkan Riz dan Chaq untuk sesi fotografi kali ini, mereka tersenyum saja tatkala diajukan soalan mengenai bayangan wanita yang mereka miliki.

Tak tumpang populariti

Riz atau nama sebenarnya Mohammed Idris Mohd Zaizizi tidak boleh menafikan karier seni sedikit dingin selepas keluar daripada AF6. Namun, sejak beberapa bulan lalu, nama Riz kembali meniti di bibir peminat, tuah duetnya bersama Alyah dalam lagu Ku Pinjam Satu Bintang yang kerap diputarkan di radio.

Kerana lagu itu juga nama Riz semakin bersinar. Bagaimanapun, Riz seperti dibayangi Alyah ke mana sahaja dia pergi.

Malah, untuk single ketiga, Bermula Semula, Riz juga menggunakan suara Alyah untuk beberapa bahagian lagu tersebut.


CHAQ berkebolehan menyanyi dan menari dengan baik.


Menurut Riz, dia tidak pernah terlintas untuk menumpang populariti penyanyi jelita itu.

"Saya tak terfikir atau beranggapan untuk tumpang populariti sesiapa. Apa yang ditampilkan oleh saya dan Alyah sekadar mahu mencari kelainan kepada peminat.

"Lagipun saya masih baru dalam bidang ini. Untuk bertahan lama dan menarik perhatian peminat, kita perlu kreatif supaya usaha kita nampak di mata masyarakat.

"Kalau nak dijadikan cerita, masa mula-mula dulu, Alyah juga kurang dikenali. Apa yang saya rasa, nama kami naik bersama dengan lagu itu.

"Sebelum kami rakam lagu itu, saya dengar dulu suara dia, nak dengar sesuai atau tidak dengan suara saya. Bila dah dengar, masing-masing setuju untuk rakam lagu tersebut," katanya.

Tambah Riz, dia berharap agar peminat tidak salah faham mengenai hubungannya bersama Alyah yang dianggap sebagai kakaknya sahaja, tidak lebih daripada itu.

"Saya tahu, ada juga orang yang memanggil saya sebagai Riz-Alyah. Tapi saya tak kisah, janji nama saya disebut. Itu tandanya orang tahu mengenai kewujudan saya dalam industri," ujarnya.


NAMA Riz kembali menjadi sebutan selepas lagunya bersama Alyah semakin mendapat perhatian.


Kata Chaq, dia tahu, kehadirannya dalam industri selepas adiknya pasti akan menjadi perbualan ramai.

"Suka atau tidak, saya kena terima. Takkan saya tak mahu mengaku dia (Stacy) ialah adik saya. Lagipun Stacy pun sudah mempunyai kelompok peminatnya sendiri.

"Kami mempunyai cita-cita yang sama iaitu, mahu menjadi seorang penyanyi. Sebelum ini saya dan Stacy pernah bersama dalam kumpulan Evoke dalam pertandingan Gangstars dan rezeki berpihak kepadanya dahulu bila menjuarai AF5.

"Bagaimanapun, saya tak kisah apa orang nak kata. Janji tiada yang buruk mengenai kami berdua. Tapi kalau boleh, saya nak orang nampak bakat saya, bukan kerana saya ini abang kepada Stacy," ujarnya yang turut merancang untuk berduet dengan adiknya itu.

Bermula Semula

Bercerita mengenai single ketiga Riz iaitu Bermula Semula yang dihasilkan oleh Ajai dan lirik oleh Abie Abdullah, ia merupakan sebuah lagu yang begitu bermakna buat penyanyi kelahiran Kampung Padang Kunyit, Grik, Perak ini.

Mana taknya, untuk menyiapkan lagu itu sahaja, Riz terpaksa mengumpul wang sehingga mencukupi sebelum merakamkan lagu berkenaan.

"Biasalah kalau guna bajet sendiri, memang lama sikit sebab nak kena kumpul duit sampai cukup. Insya-Allah, single ketiga saya ini akan dilancarkan selepas Hari Raya Puasa," ujarnya.

Berbicara mengenai lagu Bermula Semula, Riz merasakan bait-bait lirik itu begitu kena dengannya.

Apatah lagi ia mengisahkan mengenai kebangkitan seseorang daripada masalah, membuatkan Riz mudah untuk menghayati lagu tersebut ketika dirakamkan.

"Lagu ini mempunyai dua maksud. Satu, ia mengenai kisah cerai antara suami isteri yang kemudiannya mahu berdamai semula. Tapi saya anggap, lagu ini membayangkan seperti saya, di mana, perjalanan karier saya agak perlahan selepas AF6 dan inilah masanya untuk saya bangkit semula," kata Riz yang baru saja tamat rakaman drama raya, Mawi Habibi Raya.


DUA anak muda kelahiran program realiti TV ini berusaha gigih untuk berjaya di persada muzik tanah air seperti mana penyanyi wanita yang sering dikaitkan dengan mereka.


Begitu juga dengan Chaq atau nama sebenarnya, Camellus De'Lelli, dia tidak terkecuali dikatakan menumpang populariti adiknya yang merupakan juara AF5, Stacy, ketika di awal penyertaannya dalam Mentor lagi.

Bagi Chaq pula, biarpun kehidupannya terus berubah dek status seorang selebriti, anak kelahiran Sabah ini masih lagi tidak biasa dengan kehidupan barunya itu.

Apatah lagi bila ada orang yang tidak dikenali mula menyapanya, Chaq terasa pelik kerana sebelum ini, tiada siapa yang kisah mengenainya.

Namun, keadaan itu mula dibiasakan. Cuma, Chaq tidak sangka, menjadi seorang penyanyi bukannya mudah. Banyak cabaran yang perlu dilalui sebelum dapat hidup senang seperti penyanyi-penyanyi berjaya lain.

Ditambah pula dengan lagu singlenya, Penjelasan 1/1, masih belum lekat di hati peminat-peminat muzik, ia membuatkan Chaq takut jika dirinya tidak diterima.

"Bila lagu saya dihantar ke semua stesen radio, saya berharap ia akan terus melonjakkan karier saya.

"Sebaliknya pula berlaku bila tidak semua stesen radio yang memainkan lagu saya. Itu membuatkan saya perlu mencari alternatif lain untuk promosikan single yang diciptakan oleh Ajai ini.

"Baru saya faham, bagaimana sukarnya untuk bergelar seorang penyanyi yang berjaya. Bagaimanapun, saya tak mahu keadaan ini berlarutan. Target saya, dalam setahun, saya akan memberikan pencapaian yang memberangsangkan dan menyumbang sesuatu dalam industri muzik tempatan," tegasnya.

Tambah Chaq, biarpun risau dengan penerimaan orang tentang lagu singlenya, dia tidak sabar untuk menanti kemunculan filem lakonan pertamanya, Dimensi Cinta.

Posted by eddy riz fan'z fren'z | at 4:29 PM | 0 comments

RIZ@BATU PAHAT, JOHOR ~ Shooting Telemovie Raya Astro






credit pic to : Abg Man facebook

Posted by eddy riz fan'z fren'z | at 7:42 PM | 0 comments

BERMULA SEMULA - Metro Ahad 09 OGOS 2009



Bermula semula




Oleh FIRDAUS SAHAT
http://www.hmetro.com.my/


KERJAYA seni Naib Juara Akademi Fantasia musim keenam (AF6), Riz bagaikan suram. Barangkali, jika tiada single duet bersama Alyah, kemungkinan besar peminat sepi daripada alunan suaranya.

Bukan kemahuannya seperti itu. Sebaliknya pelbagai perkara terjadi dengan bekas pihak pengurusan. Malah, apa yang dijanjikan mereka tidak langsung ditunaikan.

“Tidak perlulah saya nyatakan syarikat berkenaan. Apa yang penting, harapan saya untuk melihat single pertama dipromosikan dengan baik, hancur. Malah, ada di antara mereka tidak langsung buat kerja.

“Bayangkan saja, single yang sepatutnya dihantar ke stesen radio tidak dihantar. Malah, apabila saya bertanya mengenai album single yang dikhaskan untuk media, mereka kata ia sudah dihantar dan stok berkenaan sudah habis.

“Nak dijadikan cerita, rupa-rupanya album single berkenaan tersimpan dan disorok di bawah meja. Dari situ, barulah saya dapat tahu promosi untuk single berkenaan tidak dijalankan,” katanya.

Tambah Riz, sudah pasti perasaan kecewa menghantui dirinya. Apabila syarikat berkenaan ditutup, Riz dilamar Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB).

“Bagaimanapun, mereka tidak menawarkan pengurus untuk menguruskan kerjaya saya. Bukan bertindak meminta atau ‘demand,’ sebaliknya sebelum ini saya sudah mempunyai seorang pengurus yang banyak membantu saya.

“Jadi selepas berbincang dengan AESB, saya membuat keputusan untuk bergerak sendiri. Bahkan, dengan cara ini saya lebih selesa walaupun perlu mengeluarkan bajet sendiri untuk menghasilkan album mahupun single,” katanya.

Selepas lagu demi lagu diperdengarkan di corong radio, kini Riz tampil dengan single terbaru berjudul Bermula Semula. Katanya, lagu itu baru saja siap dirakamkan dan bakal dihantar ke stesen radio untuk dimainkan.

“Sekarang ini, saya hanya menunggu masa untuk ia dimainkan di radio. Sebelum ini, single terdahulu saya berentak agak perlahan jadi ia jarang mendapat perhatian pihak radio berkenaan.



“Harap-harap, single kali ini akan diterima peminat. Berikutan lagu saya jarang dimainkan di radio, ada peminat yang menganggap kerjaya seni saya semakin sepi. Sebenarnya tidak. Saya masih lagi aktif memeriahkan pentas nyanyian. Harap-harap, single ini akan mengubat rindu mereka,” katanya.

Menyentuh soal album terbaru daripadanya, Riz menjelaskan ia masih di dalam proses pembikinan. Buat masa ini, perancangannya tertumpu untuk menghasilkan single dahulu.

“Bagaimanapun, saya tetap tidak mengetepikan album. Untuk terus kekal relevan dalam dunia muzik, album memainkan peranan penting bagi seseorang penyanyi.

“Insya-Allah, jika tiada aral, album berkenaan akan siap pada Syawal ini,” katanya yang mengeluarkan wang sendiri untuk produksi album berkenaan.

Tambah menarik, ada pihak menyatakan dia turut menumpang populariti Alyah apabila berduet dengan penyanyi berkenaan menerusi lagu Ku Pinjam Satu Bintang.

Kerjasama yang terjalin serta paduan suara mereka itu, Riz dan Alyah dilihat serasi menyanyikan lagu berkenaan. Bagaimanapun, soal menumpang populariti tidak pernah wujud di dalam kamus hidupnya.

“Saya tidak kisah apa orang nak kata. Bukan mudah mahu menutup mulut mereka. Malah, bergandingan dengan Alyah menjadi rezeki buat saya apabila lagu berkenaan kini hangat dimainkan di radio.

“Soal populariti, kami masing-masing mempunyai kelompok peminat yang berbeza malah tidak pernah wujud mana-mana pihak menumpang populariti sesiapa,” katanya.

Posted by eddy riz fan'z fren'z | at 1:14 PM | 0 comments

RIZ IKAT PERUT DEMI ALBUM - HAI 7 OGOS 2009


Posted by eddy riz fan'z fren'z | at 1:08 PM | 0 comments

RIZ & ANGELS annivesari @ MH (25-31 JULY) RIZ LAWAN BOLING BERSAMA PEMINAT @ MH 25-31 JULAI 09


Posted by eddy riz fan'z fren'z | at 11:22 PM | 1 comments

riz @ mangga ogos..






RIZ @ MANGGA OGOS


Posted by eddy riz fan'z fren'z | at 11:18 PM | 0 comments

ucapan RIZ @ 1st Annivesary Riz ANGELS



credit to: riachannel



credit to: abg bad [http://badrulaftersix.blogspot.com]

Posted by eddy riz fan'z fren'z | at 7:43 PM | 0 comments

Riz Alyah-Ku Pinjam Satu Bintang [Muzik-Muzik]

Posted by eddy riz fan'z fren'z | at 6:23 PM | 0 comments

1st anniversary Riz Angels











CREDIT PIC:

Posted by eddy riz fan'z fren'z | at 4:49 PM | 0 comments

Riz & Alyah @ Rakaman Muzik2 [25/6/09]


Posted by eddy riz fan'z fren'z | at 8:57 PM | 0 comments

VClip Riz @ U.P.K Bowling Tournament

Posted by eddy riz fan'z fren'z | at 5:09 PM | 0 comments

Riz & Fren'z @ U.P.K Bowling Tournament


credit pic to:
angah
cerita lanjut pasal
bowling tournament @

Posted by eddy riz fan'z fren'z | at 9:03 PM | 0 comments

1ST ANNIVERSARY - THE FABOLOUS RIZ-ANGELS & FRENZ BOWLING CHALLENGE


MASA : 2.00PM
TEMPAT : AMPANG SUPERBOWL, IOI MALL , PUCHONG
BAYARAN : RM 38.00 SEORANG + DOOR GIFT


***HADIAH TEMPAT 1 -10 & CABUTAN BERTUAH DI KIRA INDIVIDUAL....ANGELS YG MAIN SAHAJA BERPELUANG MEMENANGI CABUTAN BERTUAH TERSEBUT...UTK TEAM...SEMASA PENDAFTARAN 28HB TU UOAL UNDI UTK TENTUKAN SIAPA SATU TEAM NGAN KORANG

***REGISTRATION PAYMENT CAN BE MADE VIA MAYBANK ACC NO 514253055533 MUZLIAWATI BT MUSTAR B4 21ST JUNE 2009

***ONCE PAYMENT MADE KINDLY CONTACT...017-6182500

ANGELS...JOM LA MAIN.....KITA SUKA2 N ENJOY THE GAME...IT'S NOT A SERIOUS TOURNAMENT...


SEBARANG PERTANYAAN...SILA RUJUK KE
http://www.riz-angels.com

Posted by eddy riz fan'z fren'z | at 11:45 AM | 0 comments

kata2 dari RIZ

CREDIT TO: www.riz-angels.com


askum....

sewaktu sy menerima kunci kereta naza bestari di glenmarie beberapa hari yg lalu, xdek sorg pun yg dpt rase mcm mane sy rase beruntung n bertuah kerana dihadiahkan sebuah kereta drpd peminat2, penyokong2 n pengundi2 sy semasa program af6 yg lalu.... happy sgt2...

mase bawak kete tu, selalu terfikir yg sy xkan merasa bawak kete tu kalo tiada org yg menjadi tulang belakang sy...
huhu...

dan yg paling beruntung skali adalah, sy memiliki geran kete yg x perlu sy bayar lg bulan2... alhamdulillah..
setiap kali pandang kunci keretanyer, dalam otak teringat ini hasil drpd duit penyokong2 sy....

alhamdulillah.... terima kasih bebyk kpd semua.... thxxxxx


P/S: PIC WILL BE UPDATE LATER...hehe.
by: fadreza phycaze

Posted by eddy riz fan'z fren'z | at 11:04 AM | 0 comments

RIZ @ PLAZA PELANGI J.B 31/5 (VC)

Posted by eddy riz fan'z fren'z | at 11:54 PM | 0 comments

Riz @ Plaza Pelangi JB [31/5/09]

Image hosted by servimg.com

Posted by eddy riz fan'z fren'z | at 11:24 AM | 0 comments

RIZ @ DEPUTY PRIME MINISTER FUNCTION (24/05/09)

BERIKUT BEBERAPA GAMBAR RIZ..SEMASA FUNCTION OUR DEPUTY PRIME MINISTER @ SHANGRI LA HOTEL...24/05/09...HOPE UOAL ENJOY IT...OK...






credit to: auntyNONI @ Angels


Posted by eddy riz fan'z fren'z | at 12:52 PM | 0 comments

h0w r U,RIZ?? - Yazid&Akim(AF7)

Yazid, pemenang ke-4 di AF7, memang suka Riz. Riz adalah contoh baik kepada Yazid, sebab Riz pandai membawa diri, pandai menghiburkan peminat, ramah mesra, tidak shy dan amat jujur.
Yazid turut suka Nubhan, Zila, Aizat, Nadia, Mila dan Dafi, selain Farhan, Idayu dan Akma yang matang.
Akim pun tanya khabar Riz. Riz adalah satu lagi senior kesukaan Akim. Akim sejak awal lagi suka Mila selain Aizat, Nadia, Dafi, Shila dan Riz. Jika Akim mau blanja seorang senior, if it's a girl, tetap Mila. If it's a guy, belum tau lagi.
Tomok & Isma, Rembau's most famous brother and sister after Latiff & Datuk Khadijah Ibrahim, pun doakan kejayaan Riz dalam karier. Riz antara penyanyi lelaki yang meletup, kata Isma dan Tomok.
Fify, Rizu, Anith (Nubhan's & Zila's rakan sekampung), Ayu Tekhary (rakan sekampung Nana Era FM), Aweera dan Nine OIAM yang chua jumpa di finals OIAM3, berpendapat Riz boleh maju jadi penyanyi, pelakon, hos dan (if can) komposer dan penulis lagu yang dihormati.
credit to : Chua
edit by : Fatenaemah

Posted by eddy riz fan'z fren'z | at 12:10 AM | 0 comments

Eddy Riz@MANGGA MEI'09 &Harian Metr0

ARTIS REMAJA POPULARKonsert KMA 2009 @ HM 18/4/09
KEMBARA Metro Ahad (KMA) 2009 lebih meriah bukan saja dengan pembabitan 400 pembaca setia akhbar mingguan popular ini malah penampilan nama-nama terkenal dalam industri muzik seperti Faizal Tahir, Mila, [b]Riz dan Alyah. Turut serta, Raja Lawak musim ke-3, Sepah dan kumpulan muzik baru, Butterfly yang tidak ingin ketinggalan untuk menghiburkan peserta KMA dan penduduk sekitar Kota Tinggi dalam sebuah mini konsert yang bakal diadakan di Dataran Kejora, Bandar Penawar, Kota Tinggi malam ini.
Mini konsert KMA 2009 yang akan berlangsung selama dua jam bermula jam 8.45 malam dimulakan dengan persembahan zapin kanak-kanak dari pertubuhan kebudayaan Kejora.
Faizal yang kini tampil dengan imej rambut pendek, Mila baru membuka syarikat kecantikan LuvMila, Riz muncul dengan album sulungnya Bermula Semula dan kumpulan Sepah dinobatkan Juara Raja Lawak ke-3, Alyah kini popular dengan lagu Tak Mungkin Kerana Sayang serta Butterfly dianggotai lima gadis itu akan tampil dengan keistimewaan masing-masing.
Bagaimanapun, senarai lagu yang akan dipersembahkan artis ini rasanya tidak perlu disenaraikan di sini kerana ia semuanya gimik dan kejutan. Pastinya mereka menjanjikan persembahan yang mungkin tidak dilupakan.
Bersempena dengan acara ini juga, Dataran Kejora 'dibuka' seawal jam 9 pagi dengan mini karnival di mana pelbagai gerai jualan barangan disediakan, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan karaoke dan sukaneka yang terbuka untuk peserta KMA 2009.
Sedikit latar mengenai KMA - ia dimulakan pada 2007 yang menjadikan Gelang Patah sebagai destinasi pertama dan diikuti kembara ke Sungai Petani tahun lalu.
Untuk tahun ini, sekali lagi Plus Expressways Berhad (Plus) menjadi penaja dan memberi sokongan serta tajaan syarikat tekstil Jakel Trading, Shell dan pengeluar barangan kesihatan, Al Jabar.
Dengan yuran penyertaan RM400 untuk satu pasukan (empat orang), setiap pasukan menerima pelbagai kemudahan yang dijamin berbaloi dan jauh lebih bernilai daripada wang mereka keluarkan.
Antara lain, setiap pasukan diberi baucar petrol RM100, kad Touch n' Go RM100, sarapan, makan tengah hari, makan malam dan penginapan di Golden Beach Resort Desaru bersama sarapan.
Selain itu, peserta menerima pelbagai cenderamata sampingan iaitu kemeja-T, topi, baucar membeli-belah, makanan kesihatan dan pelbagai barangan elektrik sebagai hadiah kepada pemenang cabutan bertuah. Sambutan sungguh memberangsangkan dan penyertaan terpaksa ditutup awal kerana jumlah yang mendaftar penuh dalam tempoh dua hari.
Seperti sebelumnya, kembara santai ini membabitkan perjalanan dari Balai Berita, Bangsar ke destinasi yang dituju (Kota Tinggi). Ia program jelajah berkereta berkonsep tersendiri yang menggabungkan ciri-ciri 'treasure hunt' dan `explorace' dengan pelbagai aktiviti, termasuk sukaneka serta menjawab soalan kuiz. Hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM5,000.
credit to :tinie-Riz angels
by : Fatenaemah

Posted by eddy riz fan'z fren'z | at 4:02 PM | 0 comments

''thankz to the voters''.....RIZ


RIZ & ALYAH (ABPBH08)


credit vc: riachannel

askum...

sy nak ucapkan tq bebanyak kpd yg sudi mengundi sy utk abpbh baru2 ni..
walopun tak menang, sikit pun sy tak kecewa sbb sy tau masih ade yg gigih menyokong sy sehinggakan mampu tersenarai dalam top 5 utk anugerah artis baru paling popular..

insyaallah kalo ade rezki, tahun depan masih ada... amin...
thx again to all of u....

peace n luv, RIZ......

Posted by eddy riz fan'z fren'z | at 1:14 PM | 0 comments

RIZ @ ABPBH08_Ahad 12.4.09...Terima Kasih kerana mengundi Riz

TERIMA KASIH
diucapkan kepada semua
peminat RIZ yang mengundi beliau
dalam kategori
Artis Baru Lelaki Popular
Semoga segala undian anda
dapat mengiktirafkan Riz
sebagai Artis Baru Lelaki Popular
Sama-sama lah kita menantikan
keputusan undian tersebut di
Anugerah Bintang Popular
Berita Harian
Ahad
12.4.09
9.00 mlm
TV3

Posted by eddy riz fan'z fren'z | at 10:10 PM | 0 comments

RIZ@Sukaria Ceria-Pusat Equestrian,Bkt.kiara




credit to : J0enjoanna
by : Fatenaemah



Posted by eddy riz fan'z fren'z | at 10:45 PM | 0 comments