Bermula Semula

chatroom

RIZ@Sukaria Ceria-Pusat Equestrian,Bkt.kiara




credit to : J0enjoanna
by : Fatenaemah



Posted by eddy riz fan'z fren'z | at 10:45 PM | 0 comments

RIZ@Penang











neh antra gmbar RIZ yg smpat diambil..
bez glerr tgk RIZ berlak0n tyme GSA @ Queensbay...
bkn snang nk tgk die brlak0n 2..
n @ Bt. Kawan riz nyanyi 3 buah lagu:-
1. Hanya Sandiwara
2. Seribu Impian
3. Gadis Melayu
papep0wn yg Riz wat mmg enj0y tgk...

by : Fatenaemah





Posted by eddy riz fan'z fren'z | at 3:49 PM | 0 comments

RIZ@GSA Queensbay,Penang








by : Fatenaemah

Posted by eddy riz fan'z fren'z | at 3:33 PM | 0 comments

BELI BMW HASIL TAJAAN - KOSMO (09.03.2009)

credit to: FAIZAL SAHARUNI (Kosmo)
mfaizal@kosmo.com.my
"Hidup ini umpama putaran roda. Ada ketikanya kita berada di atas, malah ada waktu juga kita berada di bawah. Dengan situasi kewangan saya yang masih okey, saya tidak anggap ia menjadi satu kesalahan besar" – RIZ
BARU melangkahkan kaki keluar daripada Akademi Fantasia 6 (AF6) setahun lepas lantas cuba memperjudikan diri demi bergelar anak seni, namun Riz dilihat sudah memandu kereta mewah. Pasti ada yang terkejut melihat anak muda berusia 24 tahun itu memegang stereng kereta mewah BMW 320i walaupun bakat serta kredibilitinya sebagai insan seni di negara ini masih terlalu mentah untuk dibicarakan. Lantaran itu, timbul gosip nakal yang mengaitkan dia ditaja oleh individu tertentu lebih-lebih lagi undangan nyanyiannya yang diperolehi tidaklah sekencang ibarat penyanyi popular lain.

Maka tidak hairanlah apabila dia mampu hidup mewah dalam sekelip mata, tanpa perlu bersusah payah berbanding dengan kesukaran yang dijalani oleh anak seni lain yang baru melibatkan diri dalam dunia seni.

Riz bagaimanapun menyedari dirinya diperhatikan masyarakat yang meragui kemampuan dirinya memiliki kereta mewah.

Justeru, Riz mengaku memang benar dia memandu kereta import yang disifatkan boleh tahan harganya di pasaran.

"Sebenarnya saya beli kereta ini daripada komposer terkenal, Ajai beberapa bulan yang lalu. Ia merupakan kereta terpakai.

"Kereta ini saya beli dengan harga tidak sampai RM200,000, tetapi saya tidak mahu cakap lebih lanjut tentang harga sebenar yang saya bayar untuk beli kereta ini.

"Saya sedar orang ramai berprasangka buruk dengan pembelian kereta mewah ini, sedangkan saya masih baru sahaja memulakan kerjaya sebagai artis dan tawaran pertunjukan pentas tidaklah lebat dalam setiap bulan.

"Pernah terdengar jugalah kononnya saya dibela oleh sugar mummy, malah ada juga yang mengaitkan saya ditaja sugar daddy.

"Memang kelakar rasanya apabila saya terdengar tohmahan yang tidak berasas sama sekali ini," katanya sambil tertawa semasa ditemui dalam majlis pra dengar album pertamanya, Bermula Semula di Maestro Talent & Management Sdn. Bhd., di Bukit Damansara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

MENARUH harapan. Riz yakin album sulungnya yang meraih sentuhan Ajai bakal memiliki daya saing di pasaran.
Menghuraikan lebih lanjut, Riz memberitahu, kereta BMW itu dibeli dengan menggunakan sumber kewangan hasil titik peluh sendiri selepas bergelar seorang penyanyi. "Saya bayar wang pendahuluan kereta ini menggunakan duit simpanan peribadi dan dicampur dengan wang yang diterima sebanyak RM15,000 hasil kemenangan saya setelah diumum sebagai naib juara AF6. "Kalau ada orang lain yang mendakwa saya tidak dapat banyak meraih undangan nyanyian, tetapi saya tetap bersyukur kerana masih mampu untuk bayar ansuran bulanan kereta."Sekiranya dalam satu-satu bulan saya tidak dapat duit hasil nyanyian seperti sebelumnya, lantas saya akan bayar dengan menggunakan wang simpanan sendiri. "Saya minat dengan kereta jenama BMW. Sementara ada duit dan nama saya masih lagi dikenali peminat, saya rasa lebih baik beli kereta ini terlebih dahulu."Hidup ini umpama putaran roda. Ada ketikanya kita berada di atas, malah ada waktu juga kita berada di bawah. Dengan situasi kewangan saya yang masih okey, saya tidak anggap ia menjadi satu kesalahan besar. "Tidak timbul soal ada orang taja saya," jawab anak muda berusia 22 tahun itu dengan riak wajah cukup tenang. Riz atau nama lengkapnya Mohammed Idris Bin Mohd. Zaizizi pantas membuat perbandingan antara pengertian hadiah dan tajaan yang diberikan seseorang. "Kalau saya dapat hadiah, sudah tentu saya akan ambil kerana ia merupakan pemberian ikhlas daripada peminat yang begitu menghargai bakat nyanyian saya. "Kalau hadiah diberikan, saya akan memberitahu kepada orang lain termasuk wartawan kerana tiada salahnya mengambil hadiah yang berada di depan mata. "Asalkan niat si pemberi ikhlas serta tiada maksud yang terselindung, saya terima dengan hati dan tangan terbuka. "Lagipun hadiah yang diberi tidak haram kalau saya ambil, lainlah kalau orang yang beri hadiah punya niat lain agar saya buat itu dan ini dengan dia, maka saya berhak untuk menolak pemberiannya. "Saya masih tahu mengenali orang yang berhati ikhlas atau sebaliknya yang ada agenda tertentu," jelas Riz tegas. Umum mengetahui, sebagai naib juara AF6, Riz akan menerima sebuah kereta Naza Bestari. Lantaran itu, riak keterujaan jelas terlihat pada raut wajah Riz yang menjelaskan kereta itu bakal menjadi hak miliknya, tidak lama lagi. "Saya tidak akan menjual kereta hadiah kemenangan saya itu nanti walaupun sudah membeli BMW. Saya juga telah merancang untuk menggunakan kereta sedia ada bagi perjalanan jarak jauh. "Kalau berada dalam sekitar KL, saya akan memandu Naza Bestari (bila dapat nanti) kerana fizikalnya yang lebih kecil jika dibandingkan BMW," ujarnya yang berasal dari Grik, Perak.

Tidak dibayangi Anuar

Tidak mengalami nasib yang sama seperti artis lain di bawah Maestro yang terpaksa menanti dalam waktu panjang untuk muncul dengan album masing-masing, Riz cukup bertuah apabila album sulungnya, Bermula Semula akan menemui peminat bulan April nanti. Album yang disempurnakan dengan kolaborasi daripada Riz Entertainment dan Maestro itu, memuatkan sebanyak lapan buah lagu yang rata-ratanya cukup memikat hati. Riz, yang lahir pada 19 Disember 1986 menjadi insan paling gembira kerana dapat mempersembahkan buah tangan pertama kepada peminat. "Saya begitu puas hati dengan kemunculan Bermula Semula apatah lagi penghasilan album ini merupakan kerjasama syarikat saya dan Maestro. "Saya mempunyai hak mutlak dalam soal pemilihan lagu-lagu. Daripada soal pemilihan lagu dan memasuki studio merakam lagu mulai bulan September hingga awal Januari lepas, saya tidak menghadapi sebarang masalah.


TIDAK alpa dengan arus perubahan zaman, Riz sentiasa mencari inisiatif sendiri bagi memastikan namanya terus terpahat dalam dunia hiburan tanah air.

"Lapan buah lagu yang terdapat dalam album ini, semuanya saya suka. Album ini ada kelainan tersendiri jika dibanding dengan album artis lain yang sedia ada di negara ini.

"Saya juga membawakan lagu-lagu dengan elemen segar dan mengikut selera pasaran muzik masa kini.

"Tidak dinafikan, muzik boleh diumpamakan fesyen. Peminat selalu mahukan yang baru. Saya percaya album saya bakal digemari peminat kelak. Mudah-mudahan hendaknya.

"Contohnya lagu ciptaan Ajai yang berjudul Cinta Ini. Kalau dengar betul-betul, susunan muziknya begitu menarik dan mengikut peredaran zaman," ungkap Riz yang gemar bermain permainan video apabila mempunyai waktu lapang.

Menjadikan Anuar Zain sebagai idola, sebaliknya Riz tidak menganggap album Bermula Semula memiliki persamaan dengan album milik penyanyi tampan itu.

"Kalau peminat dengar lagu saya, mereka mudah membuat kesimpulan bahawa ia merupakan lagu saya.

"Saya cukup kagum apabila menyaksikan Anuar membuat persembahan dan menyanyi secara langsung di depan peminat.

"Kalau ada sesetengah yang mendakwa album saya dibayangi oleh Anuar atau saya cuba meniru dia, peminat sendiri boleh menilai.

"Sudah tentunya kulit album depan menampilkan wajah lain dan suara juga lain," tutur Riz cuba berseloroh.

Enggan fikir hilang populariti

Dalam kesukaran album penyanyi tempatan untuk terjual dan munculnya AF7 pada bulan sama Riz dijadual melancarkan album perdananya, lantas timbul tanda tanya apakah dia tidak gentar berdepan dengan situasi tersebut?

Mengakui enggan memikirkan tentang kehadiran AF7 nanti, yang ada kebarangkalian boleh mengurangkan popularitinya selepas ini, Riz sekadar menyerahkan soal ini kepada rezeki.

"Saya tidak fikir dengan kemunculan AF7 kelak, populariti saya akan hilang sekali gus membantutkan penjualan album sulung saya.

"Kalau saya terus berfikir negatif tentang soal ini, rasanya saya tidak boleh hidup. Lagipun kita sentiasa lihat kehadiran artis-artis baru dalam bidang seni hampir setiap hari.

"Dengan pertambahan penyanyi baru, saya sendiri kena ada inisiatif sendiri serta terus berbuat sesuatu agar nama saya terus diingati.

"Soal menggugat penjualan album saya juga tidak timbul dengan kemunculan AF7 disebabkan saya bikin album ini semata-mata mahu meluaskan sayap ke tahap lebih membanggakan.

"Dalam keadaan sekarang untuk mencapai penjualan album sebanyak 5,000 unit, memanglah sukar.

"Kalau dapat 10,000 unit sudah cukup baguslah. Oleh itu, saya tidak meletakkan sasaran tertentu untuk jualan album ini.

"Paling penting, saya cuba mendekatkan diri dengan peminat. Kalau ada rezeki, saya terima sahaja," luah Riz yang sengaja menampilkan judul albumnya sebagai Bermula Semula kerana mahu memulakan kehidupan baru selepas melangkahkan kaki keluar daripada AF6.

Antara lagu-lagu yang turut dimuatkan dalam album yang mendapat sentuhan istimewa Ajai sebagai penerbit album Bermula Semula adalah Harus Ku Yang Pergi, Kau Wanita, Kehilangan, Khilaf dan Hanya Sandiwara.

Posted by eddy riz fan'z fren'z | at 3:32 PM | 0 comments

SURVIVAL IRAMA MELELEH RIZ AF6 - JOMSTAR

credit to : Azizul Zainal
thanks to Jomstar for the story
Siapa yang tidak mengenali pelajar AF6 yang selalu di tegur supaya jangan besar kepala ketika berada di Akademi dulu. Anak muda yang pernah menduduki tangga kedua musim ke enam Akademi Fantasia, Mohammed Idris bin Mohd Zaizizi atau lebih mesra dipanggil Riz, kini mampu berdiri bangga. Bangga dengan kejayaan yang pernah diraihnya di AF yang lalu dan kini dia berjaya melahirkan album single terbaru akhirnya.

Di dalam kegawatan ekonomi yang membimbangkan ini, adakah Riz mampu bertahan dengan kelahirannya secara solo ini? Keadaan muzik di Malaysia pula semakin kritikal, tambah-tambah lagi dengan adanya saingan hebat nun… jauh diseberang.

Industri nyanyian di Malaysia boleh dikatakan goyah, pendengar hari ini pula lebih ramai yang suka mendengar lagu-lagu rock indie dan menjadikan kumpulan-kumpulan ini semakin idola mereka. Walaupun sesetengah kumpulan pemuzik indie ini tidak mempunyai pakej yang cukup contohnya paras rupa berbanding Riz, namun kualiti pengisian lagu yang dihasilkan jauh lebih baik dari artis rakaman, sehinggakan kumpulan sebegini memberikan warna yang baru dalam industri muzik tanah air.

Kalau ingin membantu industri muzik bukanlah cara membikin lagu yang tiada kualiti dan akhirnya sia-sia dan masih di takuk lama. Industri muzik global pula sentiasa berubah mengikut zaman, “up to date” tetapi adakah kita masih lagi mahu keluarkan lagu-lagu tangkap leleh sedangkan kita tahu apa yang pendengar mahukan. Adakah itu yang cuba Riz zahirkan dalam single terbarunya?

Apa-apa pun nantikan kemunculan single terbaru pemuda bersuaran lunak ini yang akan dipasarkan pada bulan April 2009 dan semoga kelahiran 'Bermula Semula' dari Riz mampu terpahat di hati pendengar yang telah lama ternanti-nanti.

Single 'Bermula Semula' yang mendapat sentuhan komposer terkemuka Ajai terbitan Maestro Talent & Management Sdn Bhd mempertaruhkan konsep Balada sebagai buah tangan sulung Riz kepada peminatnya.

http://www.jomstar.com/flash/albumriz050309f/

Posted by eddy riz fan'z fren'z | at 3:23 PM | 0 comments

RIZ- SERIBU IMPIAN DI MAJLIS AF7

CREDIT TO : JOE LEE OF KLUBKIDD




Posted by eddy riz fan'z fren'z | at 3:14 PM | 0 comments

CintA iNi..(MANGGA,Selayang Mall)


Video Codes

s3m0ga sume enj0y tgk vc neh..
sh0w RIZ tyme MANGGA Star Search@Selayang Mall,1 March 2009

Posted by eddy riz fan'z fren'z | at 1:09 AM | 0 comments