Bermula Semula

chatroom

Hasil titik peluh terbitkan album (Metro 20/10/09)



{credit photo: azlandaniel}
sbb pic dalam paper lebey kurang cmnih jek..hu3{@metro on9 xde pic lerr}


KEKUATAN naib juara program realiti Akademi Fantasia musim keenam
(AF6), Mohammed Idris Mohd Zaizizi atau Riz bukan saja pada lirikan
matanya malah melingkari lontaran suaranya yang gemersik dan syahdu
tatkala menyanyikan lagu bergenre balada.



Justeru, tidak hairanlah apabila kehadiran penyanyi tinggi lampai ini
sentiasa mendapat perhatian. Walaupun menyepi seketika selepas
berakhirnya AF6, dia kembali menyengat menerusi single Ku Pinjam Satu
Bintang, hasil paduan suara bersama Alya.

Sepinya Riz, 23,
bukan bererti menarik diri, tetapi sibuk dengan proses album sulungnya.
Akhirnya, kerja keras yang dimulai sejak hujung tahun lalu membuahkan
hasil apabila Riz bakal menerbitkan album penuh yang dijangka berada di
pasaran hujung bulan ini. Biarpun tidak sabar menanti, dia dikatakan
pula mendapat tajaan golongan VIP bagi merealisasikan impiannya.

Apatah lagi, sesi pelancaran album solo Riz di Hard Rock Cafe,
baru-baru ini turut dihadiri golongan itu. Turut hadir di majlis itu
ialah Pengurus Artis dan Repertoir Warner Music Malaysia, Mokhtaza
Ahmad.

Melihat kemesraan Riz bersama mereka dan pengakuannya
mengenai kos pengeluaran album yang 100 peratus ditanggungnya menerusi
Riz Entertainment, menguatkan persepsi negatif itu. Justeru, kesempatan
bertemu dengannya selepas majlis pelancaran albumnya, tidak
disia-siakan untuk menyusuri lanjut persoalan itu.

"Cabaran
paling besar ketika melahirkan album ini adalah wang dan disebabkan itu
saya mengambil masa yang agak lama. Kalau dikatakan saya mendapat
tajaan, awal-awal lagi selepas keluar AF sudah ada album.

"Tetapi, mengapa saat ini baru ada? Ini kerana saya berusaha menyimpan
separuh pendapatan hasil dari setiap persembahan yang dijayakan. Mereka
yang anda lihat, adalah ahli kelab peminat rizangels dan datang sini
untuk memberi sokongan padu pada karier seni saya. Langsung, tidak
lebih dari itu," katanya.

Agak skeptikal jawapan yang diberikan
Riz apatah lagi sebelum ini ada kedengaran yang empunya badan bercuti
di luar negara iaitu Jakarta, Phuket dan Australia. Sudah tentu
perbelanjaan diperlukan bukan sedikit, merangkumi harga tiket
penerbangan, hotel, makanan dan juga membeli-belah. Ditambah, tolak dan
bahagi semua, berapa banyaklah persembahan yang dapat dijayakannya itu
dapat memenuhi perbelanjaan kos pengeluaran album.

"Bukankah
sekarang syarikat penerbangan sibuk mempromosi pakej penerbangan murah?
Saya sebenarnya sudah lama mendaftar di laman web mereka untuk dapat
tiket murah. Jadi, ini sedikit sebanyak mengurangkan kos perbelanjaan.

"Lagipun, saya ada restoran sendiri iaitu Restoran Riz , di Grik yang
menjual makanan ala Thai. Selepas melihat kejayaan memberangsangkan,
saya berpeluang membuka cawangan baru selepas raya baru-baru ini.
Alhamdulillah, berkat persembahan dan keuntungan bersih daripada
perniagaan restoran, secara tidak langsung membantu saya mengumpul wang
untuk hasilkan album solo. Justeru, saya harap tidak ada lagi mana-mana
pihak meragui sumber mana saya dapatkan duit," tegas Riz.


Menyingkap albumnya yang berjudul, Bermula Semula, beritahu Riz, proses
rakaman bermula seawal September tahun lalu. Menariknya, lagu Ku Pinjam
Satu Bincang, duet bersama Alya digubah semula dalam versi solo.


"Ketika ini, semua lagu sudah siap dirakam dan bakal menjengah pasaran
pada hujung Oktober. Sebenarnya, lagu Berjudul Semula yang digubah Ajai
mempunyai makna mendalam kerana menyamai kisah peribadi saya. Bila
menyanyikan lagu itu, saya teringat ketika awal-awal masuk AF. Ketika
itu, emak dan ayah bercerai dua minggu sebelum saya sertai AF.

"Konsert minggu pertama hinggalah minggu ketiga, saya langsung tidak
nampak ayah. Menjelang minggu keempat ayah datang melihat persembahan
saya tetapi dia duduk berasingan dengan mak. Saya pula tidak boleh
keluar dari situ dan jumpa mereka kerana itu adalah undang-undang di AF.

"Alhamdulillah, konsert minggu kelima saya lihat mereka duduk sekali.
Dari situ, saya andaikan mereka sudah berbaik-baik hinggalah kini
hubungan ayah dan emak masih utuh. Jadi, saya tujukan khas lagu
Berjudul Semula kepada mereka," ujar Riz.

Posted by FCR | at 11:24 AM

0 comments:

Post a Comment