Bermula Semula

chatroom

RIZ LARI KE PHUKET ?




CREDIT FROM BUDIEY.COM


Ok, jawapan kepada trivia semalam ialah RIZ atau nama sebenarnya Mohd Idris Mohd Zaizizi, bintang AF yang sering menerima pujian dari pengkritik di setiap konsert mingguan AF sebab persembahannya memang mantap dan sentiasa berikan yang terbaik. Beliau lahir pada 19th December 1986 di Kg Padang Kunyit, Grik, Perak.Mengulas tentang gossip yang mengatakan seorang wartawan dari Sinar Harian terserempak dengan Riz di Phuket, Thailand bersama dengan kekasihnya…

Riz mengatakan:“Riz pergi dengan kawan serumah bukannya dengan kekasih. Selalunya kami pergi bercuti berenam. Tapi kawan-kawan yang lain bekerja dan tidak mengizinkan mereka bercuti. Riz dengan teman serumah hanya sekadar kawan biasa. Riz pergi dengan niat nak bercuti, takkan tak boleh nak bergembira?”

Apa-apa pun, tahniahlah buat Riz sebab tercalon dalam senarai Top 5 Artis Baru Lelaki Popular. Single Riz ‘Hanya Sandiwara’ berjaya mendapat tempat di hati peminatnya. Menurut Riz, album akan menyusul dan bakal berada di pasaran April tahun ini.

Posted by eddy riz fan'z fren'z | at 2:33 PM | 1 comments

EDDY RIZ @ Karnival Astro Ceria!




21/03 - 23/03 SUKARIA CERIA @ PENANG (22/03)

28/03 - 30/03 ASTRO CERIA FUN PARADE (29/03)


Posted by eddy riz fan'z fren'z | at 9:56 PM | 0 comments

EDDY RIZ@ Ewah-Ewah


credit to: amal @ angels

Posted by eddy riz fan'z fren'z | at 9:51 PM | 0 comments

ABPBH2008: Bermula penentuan populariti






credit to : Serimah Mohd Sallehuddin dan Zaidi Mohamad(Berita Harian)
Percubaan Riz menyertai Akademi Fantasia musim keenam (AF6) sememangnyaberbaloi. Namun sebelum itu, kumpulan Equal Star yang dianggotainyamenerusi program Gang Starz tidak langsung menyebelahi nasibnya. Laluselepas berpecah dan membawa haluan masing-masing, tuah bergelar naibjuara AF6 memberikan azimat yang cukup bermakna di dalam hidupnya. "Terima kasih kepada AF6 dan publisiti yang saya raihdaripada bantuan rakan media. Saya tidak menaruh harapan tinggi untukmemenangi kategori ini. "Selain teruja dengan pengumuman ini, saya sedang menunggumasa sesuai untuk pasarkan album sulung yang memuatkan lapan lagu.Bagaimanapun, 70 peratus daripada bajet album ini adalah pelaburan duitsendiri. Lagu Harusku Pergi jadi single pertama," katanya ringkas.

Posted by eddy riz fan'z fren'z | at 9:43 PM | 0 comments

EDDY RIZ_Lyric_Harusku Yang Pergi


Harus ku Yang Pergi-RIZ
Berakhirlah kisah cinta
kisah cinta kau dan aku
yakinkanlah hatimu yang duka
sebenarnya aku pun terluka
takku pinta
akhirnya kubegini...
mengapa diriku yang kau cinta
jika hatimu pada dirinya
tak kau fikir
akhirnya kita kecewa..
c/o:
sayang...maafkanlah aku
jika pintaku begini
tak sanggup ku menanggung
rindu yang tiada hujungnya.
kerana ku masih setia
cinta tiada kesempatan
pada dia yang ku sayang
kasih yang kucurahkan
menikam rasa jiwa ini
gelaplah
pintu cinta kita..
sayang...
oo..harus ku yang pergi dulu..
kasih telah kau mungkiri
impian cinta yang suci
mungkin ada
baiknya
oh...sebegini...

Posted by eddy riz fan'z fren'z | at 9:09 PM | 0 comments

28 muka baru bersaing_(RIZ)


credit to: Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my


"Saya tidak sampai setahun berkecimpung dalam industri muzik tanah air. Justeru, tersenarai dalam Top 5, sudah cukup bermakna buat saya."Pencalonan ini menyuntik semangat untuk saya bekerja lebih keras untuk mengukuhkan nama dalam industri muzik tanah air.Apatah lagi, saya akan muncul dengan bingkisan album penuh tidak lama lagi. Fokus saya ingin berikan yang terbaik buat peminat setia yang sentiasa menyokong dari belakang sejak saya melangkahkan kaki dalam AF lagi," katanya.

Posted by eddy riz fan'z fren'z | at 9:01 PM | 0 comments

Congratulation EDDY RIZ!_top 5 ABPBH08

Glitter Photos


Posted by eddy riz fan'z fren'z | at 8:02 PM | 0 comments

EDDY RIZ_Mangga MAC09

credit to: M.FADHIL
nk twu ape story nyer....
belilah majalah MANGGA Mac 09...

Posted by eddy riz fan'z fren'z | at 7:57 PM | 0 comments

EDDY RIZ_bintang kecil FEB09_nk jd pilot!


p/s: skang dah jd pilot BMW 3 Series...huhu

Posted by eddy riz fan'z fren'z | at 7:42 PM | 0 comments

EDDY RIZ_gaya bersiar-siar ala Riz


Posted by eddy riz fan'z fren'z | at 7:40 PM | 0 comments

NEW SINGLE_EDDY RIZ_Harusku Yang Pergi

vc by: FADREZA PHYCAZE

Posted by eddy riz fan'z fren'z | at 7:34 PM | 0 comments

about_EDDY RIZ


Nama Penuh : Mohammed Idris Bin Mohd. Zaizizi
Bangsa : Melayu
Status : Bujang
Umur : 22 tahun
Asal : Gerik, Perak
Tarikh Lahir: 19 Disember 1986
Tinggi : 177 cm
Berat : 78 kg
Hobi : Karaoke, Bowling, Main video game




Mohammed Idris bin Mohd Zaizizi, lebih di kenali sebagai Riz @ Eddie, dilahirkan pada 19hb Disember 1986 di Kampung Padang Kunyit, Grik, Perak. Bapanya, Mohd Zaizizi bin Zainuddin, seorang bekas tentera, manakala ibunya, Anisom bt Saat, seorang suri rumah sepenuh masa. Riz mempunyai 4 org adik beradik iaitu Mohammed Zakaranie, Yom Zuraima, Yom Zuraimi dan Riz sendiri.Oleh kerana bapanya seorang tentera, pada tahun 1987, ketika Riz berusia 1 tahun, mereka sekeluarga berpindah dan menetap di Penang. Sehingga tahun 1988, ketika Riz berusia 2 tahun, mereka berpindah ke Ipoh pula. Pada tahun 1990, sekali lagi keluarga ini berpindah iaitu ke Labuan semasa Riz berusia 4 tahun lebih.Riz memulakan alam tadikanya pada tahun 1992 di Tadika Membedai Labuan. Kemudian beliau memulakan alam persekolahannya pada tahun 1993 hingga 1998, di SRK Pekan Satu, WP Labuan. Pada tahun 1998, Riz kembali semula ke Ipoh dan bersekolah di SRK Sg Rapat.Pada tahun 1999, Riz meneruskan alam menengahnya di SMK Seri Ampangan, Ipoh. Selepas 6 bulan, beliau berpindah ke Sekolah Izzudin Shah, Ipoh, sebuah sekolah agama berasrama penuh sehingga tahun 2001. Ketika di sekolah ini, Riz berjinak – jinak dalam sukan memanah dan pernah menjadi wakil sekolah serta wakil daerah. Pada tahun 2002, Riz meneruskan pengajiannya di tingkatan 4 di SM Anderson, Ipoh. Selang beberapa bulan, Riz menyuarakan hasratnya untuk bersekolah di kampungnya sendiri. Sekali lagi, Riz berpindah dah meneruskan persekolahannya di SMK Grik pada pertengahan tahun 2002. Beliau menamatkan alam persekolahannya pada tahun 2003. Ketika Riz berusia 17 tahun, beliau memasuki pertandingan karaoke di ekspo – ekspo dan Hari Jadi Tentera Darat. Beliau telah di nobatkan sebagai juara dua kali berturut-turut dengan membawakan lagu Azura yang pernah dipopularkan oleh Jamal Abdillah.Minat yang mendalam terhadap nyanyian, Riz mencuba nasibnya dalam ujibakat Malaysian Idol musim pertama pada tahun 2004, dengan membawa lagu Kasih Berubah. Tetapi, nasib tidak menyebelahi beliau. Kemudian Riz pergi ke Perth selama 3 bulan. Pada tahun 2005, Riz berhasrat untuk menyambung pelajarannya. Beliau mengikuti kursus ‘Diploma in Broadcasting’ di Malaysian Institute of Integrative Media. Oleh kerana yuran pengajian yang mahal, Riz memohon pekerjaan di Malaysia Airline pada tahun 2005. Beliau bekerja di bahagian penjualan tiket selama hampir 1 tahun dan telah mendapat status sebagai pekerja tetap.Seperti tidak kenal putus asa, Riz mencuba lagi nasibnya dalam ujibakat Akademi Fantasia musim ke 5, tetapi hanya berjaya sehingga peringkat ke 3 sahaja. Kemudian Riz memasuki ujibakat Gangstarz bersama Kumpulan Equal Stars, pada tahun 2007, yang mana mereka saling mengenali semasa masing – masing memasuki ujibakat Akademi Fantasia. Walaupun hanya beberapa minggu dalam pertandingan reality tersebut, Riz telah banyak belajar selok belok kehidupan sebagai seorang artis. Sekali lagi, Riz memasuki ujibakat Akademi Fantasia musim ke 6 ini, dan rezeki beliau pada tahun ini dengan manyandang gelaran Naib Juara musim ini pada 25hb Mei 2008 di hadapan beribu – ribu penonton di Stadium Putra Bukit Jalil.

Posted by eddy riz fan'z fren'z | at 7:23 PM | 0 comments

Official Video Clip_EDDY RIZ





Posted by eddy riz fan'z fren'z | at 7:11 PM | 0 comments

memory_af6_part2











Posted by eddy riz fan'z fren'z | at 7:00 PM | 0 comments

memory_af6_part1











Posted by eddy riz fan'z fren'z | at 6:39 PM | 0 comments