Bermula Semula

chatroom

ALbum Solo Riz Bukan Ditaja Mak Datin! [murai.com.my]





Teks & Foto oleh Haswari Ali


KUALA LUMPUR, 17 OKTOBER 2009:
Kehadiran kelab peminat Riz ketika pelancaran album sulung naib juara Akademi Fantasia 6 (AF6) itu di Hard Rock Cafe Kuala KL, baru-baru ini telah menimbulkan gosip.


Mana
tidaknya, ini kerana ramai peminat Riz atau nama penuhnya, Mohammed
Idris Mohd Zaizizi, pada hari itu tergolong dari kalangan Mak Datin,
Datuk malah kerabat diraja yang sememangnya nampak sangat teruja dengan
Riz.


Terdetik persoalan, adakah album Bermula Semula
yang telah mendapat sentuhan komposer popular Ajai dari Wake The Baby
serta edaran oleh Warner Music (M) Sdn Bhd itu mendapat tajaan dana
daripada peminat VIPnya itu? Malah apabila Riz kini memandu sebuah
BMW, ia juga digosipkan sebagai kereta tajaan seseorang.


"Saya dah agak perkara ini akan digosipkan. Terus terang
kesemua mereka hanyalah peminat setia saya yang sangat saya hormati.
Malah sokong saya malah turut membeli album saya seperti mana peminat
lain. Itulah perkara yang sangat mengharukan saya. Kedatangan mereka
membakar lagi semangat saya dan itulah 'tajaan' yang tidak ternilai.


"Sebenarnya semua peminat VIP ini telah menyokong saya sejak dari dalam AF lagi," jelas Riz bersungguh-sungguh.


Album Bermula Semula
menyenaraikan 8 lagu yang mendapat sentuhan Ajai sebagai produser serta
pembabitan beberapa nama popular dalam penulisan lirik seperti
Slen, Abie Abdullah, Rosli Manah dan Ajai sendiri.


Berpuas hati dengan kemunculan album itu, Riz menjelaskan Bermula Semula adalah hasil daripada duit simpanannya sendiri yang langsung tidak mengharapkan simpati atau 'pembiayaan terlindung'.


Katanya, daripada 8 lagu, hanya 3 lagu daripada album itu, Hanya Sandiwara, Ku Pinjam Satu Bintang dan Kau Wanita
telah disokong oleh Astro Entertaiment Sdn Bhd (AESB) sebagai syarikat
showbiz yang bertanggungjawab memperkenalkan namanya ke persada seni
hiburan.


Riz berkata, kerana kos penerbitan album itu yang
agak mahal, dia terpaksa menangguh seketika penerbitan album itu
sehingga simpanan kewangannya benar-benar mencukupi untuk melahirkan
sebuah album penuh seperti hari ini.


"Sepatutnya album ini
sudah dilancarkan beberapa bulan lalu tapi memandangkan ketika itu duit
masih belum cukup, kenalah saya tungggu lagi. Banyak perkata perlu saya
selesaikan seperti membayar rumah, kereta dan belanja harian.


"Kalau
hendak tahu, ada satu masa, saya terduduk termangu bila memikirkan soal
duit dan penerbitan album ini. Pernah juga saya mengikat perut dengan
hanya makan mi segera saja, semata-mata nak kumpul duit untuk buat
album ini. Alhamdulillah berkat usaha dan kesabaran semuanya telah
tercapai," ujarnya.


Ibu dan ayah Riz sudah kembali bersatu


Sedar
ini adalah masa terbaik untuk melahirkan album, Riz bersyukur kerana
berpeluang menujukan salah satu lagu daripada album itu kepada kedua
ibu bapanya yang telah bersatu kembali selepas beberapa bulan tidak
tinggal sebumbung.


Menurut Riz, lirik yang tertulis pada lagu Bermula Semula cukup memang simbolik bagi menceritakan kegembiraannya sebagai anak yang dapat melihat ibu bapanya kembali bersama.


"Sebenarnya
ketika saya menyertai AF dulu, saya mengalami masalah keluarga. Mak dan
ayah saya mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama. Awalnya konsert
AF minggu pertama, ayah saya tidak datang melihat saya.


"Tapi
masuk minggu ke-3, saya dapat lihat ayah datang ke konsert meskipun
tidak duduk dekat ibu saya ketika itu. Dari minggu ke minggu saya lihat
mereka semakin rapat yang akhirnya memutuskan untuk bersama kembali,”
katanya dalam nada terharu dan gembira.


Selain single popularnya Hanya Sandiwara dan lagu duet bersama Alyah, Ku Pinjam Satu Bintang yang kerap berkumandang di corong-corong radio, Riz turut mempertaruhkan lagu seperti Khilaf, Harus Ku Yang Pergi dan Cinta Ini.


Lagu-lagu
ini juga boleh dimuat turun untuk dijadikan nada dering bagi telefon
bimbit anda. Sementara itu, difahamkan, lagu Riz dan Alyah iaitu Ku Pinjam Satu Bintang layak menyertai semi-final Muzik Muzik dan pengumuman rasmi akan dibuat oleh TV3 minggu depan. Tahniah Riz!

Posted by eddy riz fan'z fren'z | at 1:50 AM

0 comments:

Post a Comment