Bermula Semula

chatroom

RIZ@BINTANG KECIL 1 FEB 2010



KENALI SELEBRITI
Kelolaan Munira Roslan
Foto Unit Foto KKSB


Siapa teman baik kamu di kalangan artis?

1. Chaq Mentor
2. Nadia AF6
3. Alyah


Semasa kecil dahulu, artis manakah yg paling kamu minati dan mengapa?

Ramai artis yg saya suka, tapi yg paling saya minati ialah kumpulan Nsync. Sebabnya selain pandai menyanyi, mereka juga hebat dalam tarian. Kalau boleh saya pun mahu jadi seperti mereka.

Kompleks membeli-belah pilihan kamu?
Pastinya Plaza Sungai Wang, semua yg saya cari pasti ada di situ. Harganya juga berpatutan.

Majalah yang wajib kamu beli setiap bulan ialah :

1. Media Hiburan
2. Yezz
3. Klik

Kenangan zaman sekolah yg tidak dapat kamu lupakan…

Kenangan yg masih kekal di dalam ingatan saya sehingga kini ialah semasa di sekolah rendah, saya pernah terkencing di dalam seluar. Hehehe. Lucukan?

Lagu yang kerap kamu mainkan semasa memandu..

Sudah tentu lagu dari album saya sendiri.

Anda diberi peluang untuk menjadi peserta sehati berdansa, artis manakah yg akan kamu pilih untuk menjadi pasangan?

Boleh tak kalau saya nak berpasangan dengan Dato’ Siti Nurhaliza? Hehehe.

Ucapan kamu kepada pembaca BK

Buat pembaca BK yg disayangi sekalian, belajar rajin-rajin dan percayalah pada kebolehan yg ada pada diri sendiri. Setelah berusaha bertawakallah dan jangan lupa pada yang Esa.

Posted by Tinie | at 9:13 AM | 0 comments

Riz Sanggup Tahan Sakit Demi Peminat (MSTAR Online)


Riz meniup lilin kek hari lahirnya yang ke-23.

DEMI peminat tersayang, Riz yang menyambut hari lahirnya pada 19 Disember lalu sanggup turun padang ke majlis ulangtahunnya yang ke-23 itu walaupun baru lepas tiga minggu menjalani pembedahan apendiks.

Majlis yang diadakan sehari sebelum hari lahir naib juara Akademi Fantasia musim keenam itu di Celebrity Kopitiam milik komposer Ajai itu dikelolakan oleh ahli kelab peminatnya, Riz-Angles.


Mereka bukan sahaja dihiburkan dengan rangkaian lagu-lagu popular tetapi beberapa buah lagu yang dipetik dari album sulungnya seperti Bermula Semula, Khilaf dan Cinta Ini.

“Saya telah menjalani pembedahan apendiks pada 29 November lalu di Pusat Perubatan Pakar Damansara. Sebelum itu, saya sudah berjanji dengan peminat untuk meraikan Hari Jadi saya bersama-sama.



“Walaupun sakit, saya sanggup berkorban demi peminat dan menahan sakit itu. Lagipun, mereka datang dari jauh seperti Johor, Pulau Pinang dan Ipoh, Perak,” ujar penyanyi yang sedang popular menerusi lagu Bermula Semula.



Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Ajai bersama isterinya, Liza. Bersesuaian dengan tema majlis iaitu ringkas dan santai, Riz tiba tepat pada pukul 9 malam dengan berkemeja putih dan berseluar jeans biru.

Kira-kira 20 peminatnya pada malam itu, berasa sangat bertuah kerana berpeluang berinteraksi dengan Riz secara lebih dekat. Mereka bukan sahaja dihiburkan dengan rangkaian lagu-lagu popular tetapi beberapa buah lagu yang dipetik dari album sulungnya seperti Bermula Semula, Khilaf dan Cinta Ini.

Riz turut mendendangkan lagu kegemarannya iaitu My Baby You dan Kasih Berubah dalam majlis yang berlangsung sehingga lewat malam itu.



Jejaka yang berasal dari Grik, Perak ini berkata disebabkan tidak terlalu mengamalkan pantang, perutnya pernah bernanah dan dimasukkan ke hospital buat kali kedua.

“Alhamdulillah, sekarang dah ok dan boleh meneruskan karier dalam bidang nyanyian tetapi saya masih takut untuk melanggar pantang.



“Tetapi masa mula-mula menyanyi selepas melakukan pembedahan, pusat saya berdarah. Saya rasa mungkin sebab terlalu banyak bergerak,” beritahunya yang sedang sibuk mempromosikan albumnya yang turut memuatkan lagu Ku Pinjam Satu Bintang yang dinyanyikan secara solo.

Ditanya mengenai hadiah istimewa yang diterimanya sempena hari lahirnya, Riz menjawab:

"Semua hadiah yang saya terima istimewa belaka. Ada yang memberikan hadiah anak patung monyet, topi dan yang paling penting adalah hadiah doa daripada kedua ibu bapa saya."

Posted by FCR | at 11:31 AM | 0 comments

Riz Rakam Semula Ku Pinjam SB Versi Disko




KL, 4 JANUARI 2010: Sepanjang tahun lalu walaupun industri muzik kemarau dengan album baru, banyak juga lagu baru muncul di pasaran. Dalam dalam banyak-banyak lagu duet, tentu ramai setuju kalau Murai Batu cakap antara lagu paling popular adalah Ku Pinjam Satu Bintang (Ku Pinjam SB) nyanyian Alyah & Riz.


Murai Batu pun turut berbangga kerana lagu itu adalah karya Ajai bersama Ketua Editor murai.com.my sendiri, Abang Slen yang sememangnya seorang penulis lirik low profile. Tapi yang kebetulannya, Murai Batu baru perasan, asalkan Slen menulis lirik lagu duet cinta, penyanyi yang berduet itu terus tempias kena krisis!


Contohnya lagu Cinta Mencintai Kita (Nurul & Ajai), Pelita Di Bawah Purnama (Erema & Seri Bayu) dan terbaru, Ku Pinjam SB yang dinyanyikan oleh Alyah & Riz itu. Mungkin satu kebetulan tapi sudah 3 kali kebetulan, pelik juga dan ketiga-tiga lagu itu pun memang ciptaan Ajai & Slen.



Baiklah, rasanya juga ramai peminat hiburan dah tahu konflik suam-suam kuku antara Alyah & Riz gara-gara lagu Ku Pinjam SB. Khabarnya ia terjadi selepas pihak Ajai dan Riz dikatakan 'bermain tarik tali' dengan Alyah gara-gara hendak memuatkan lagu itu atau tidak dalam album solo Riz, Bermula Semula.


Kata Alyah, awalnya pihak Wake The Baby tak mahu muatkan lagu itu sebab ia sudah popular sebagai lagu duet mereka, tup-tup lagu itu memang ada dalam album Riz akhirnya. Pun begitu ia bukan versi duet tapi versi solo nyanyian Riz yang berentak ala disko. Gara-gara tindakan itu, Alyah pun terus merajuk sebab pihak terbabit dianggap tidak hormatkan perasaan Alyah. Amboi, emosi betul Alyah ye.


Namun sekarang hubungan mereka dah OK. Bagi Murai Batu, Alyah seeloknya beri sokongan kepada Riz pula sebab Riz pun dah tolong bantu naikkan lagu itu dalam album Alyah dulu. Lagipun yang buat versi solo tu bukannya artis lain, memang pasangan duet Alyah sendiri juga.


Dulu pun kalau tak silap, Datuk Sharifah Aini dan Broery Marantika pernah juga kongsi lagu yang sama dalam versi masing-masing seperti Sabar Menanti dan Hapuslah Air Matamu. Tapi Murai Batu tak tahulah pula kalau-kalau mungkin ada sesuatu yang terlalu peribadi yang Alyah cuba selindungi antara dia dengan pihak terbabit sehingga berkecil hati sangat sampaikan menangis bagai nak rak beberapa jam sebelum bertanding dalam Separuh Akhir Muzik-Muzik bersama Riz dulu.


Berbalik kepada versi nyanyian Riz, Murai Batu dapati ia memang berbeza berbanding versi duet mereka. Ia mengingatkan Murai Batu kepada muzik era 80-an ala-ala kumpulan Pet Shop Boys (British Electronic Dance Music). Lepas ni mungkin radio, disko dan kelab hiburan pula akan putarkan lagu Ku Pinjam SB versi disko Riz itu.


MURAI BATU: Nak tunggu lagu mana akan muncul sebagai Juara Lagu Ke-24, pada 10 Julai ini. Adakah lagu nyanyian artis solo atau berkumpulan?

Posted by FCR | at 9:25 PM | 0 comments

Mahu Botakkan Kepala(Kosmo Online 3/1/2010)



AKADEMI FANTASIA musim kelapan (AF8) bakal berlangsung tidak lama lagi. Kalau diperhatikan, setiap kali lahir juara baru daripada program realiti TV itu, juara lama akan merasakan tempiasnya. Malah, ada yang terus tenggelam sebaik edisi musim baru AF bermula.

Namun, bagi naib juara Akademi Fantasia musim keenam (AF6), Riz, atau Mohammed Idris Mohd Zaizizi, 23, itu hanyalah satu lagi cabaran yang perlu dilaluinya sebagai seorang artis.


"Saya sedar saya tidak boleh sekadar bersandar kepada populariti yang diraih melalui AF semata-mata. Tambahan, dalam bidang ini akan sentiasa ada cabaran baru. Disebabkan itu, saya melahirkan album solo saya. Sekurang-kurangnya orang ramai ada sebab untuk terus mengingati saya.

"Soal takut tidak timbul. Sebaliknya saya perlu sentiasa bersedia,"
ujarnya. Jika Riz sudah bersedia dengan gelombang AF8, bagaimana pula dengan isu perang dingin antaranya dan teman duet untuk lagu Ku Pinjam Satu Bintang, Alyah?


Posted by Tinie | at 5:08 PM | 0 comments

Mengait Impian Tahun Baru...(Metro 01-01-10)


Oleh Norhayati Nordin
yati@hmetro.com.my

Azam semestinya menjadi pemangkin semangat diri. Adakah tahun ini membawa sinar kejayaan atau sebaliknya?

Oleh itu, kongsi azam baru 2010 insan seni tanahair……….


PENYANYI ~ RIZ

Mengukir nama sebagai artis menerusi Akademi Fantasia musim keenam (AF6), Riz kini berjuang mempromosikan album pertama, Bermula Semula yg dihasilkan dengan wang sendiri. Mahu albumnya diterima peminat, Riz juga bercadang membeli rumah. “Saya sekarang menetap di rumah sewa dan terfikir sampai bila? Jadi, pada usia 23 tahun ini, baik rasanya membeli hartanah (rumah) sendiri untuk jaminan masa depan. Lagipun, itu misi saya apabila sudah berdikari dan tahu mencari rezeki. “Bukan itu saja, saya turut mengharapkan diri lebih matang dalam membuat keputusan dan mahu memperbetulkan segala kesilapan yg pernah dilakukan. Sebagai manusia biasa, saya sedar tidak sempurna serta pernah menyakiti hati orang lain,” katanya.

(Petikan daripada akhbar Harian Metro 1/1/2010)

Posted by FCR | at 11:41 AM | 0 comments

Vclip @ Riz...



Riz & Alyah - Ku Pinjam Satu Bintang @ SemiFinal Muzik2



Riz & Sha - Ku Pinjam Satu Bintang @ MyStar Lg 3



Riz - Bermula Semula @ Selangor Ria 2009



Riz - Harusku Yang Pergi @ Selangor Ria 2009



Riz - Hanya Sandiwara @ Selaongor Ria 2009

Posted by FCR | at 11:23 AM | 0 comments

Riz & Angels @ Gath...









Posted by FCR | at 11:13 AM | 0 comments

Riz @ Hospital....





Posted by FCR | at 11:06 AM | 0 comments

Riz @ 2009...the end of the year

Riz @ Laman Santai - Istana Budaya

Riz @ Islamic Fasion Festival (IFF) 2009

Riz @ Most Glam 2009

Riz @ MyStar Lg 3



Riz @ Selangor Ria 2009 - Stadium Shah Alam



Posted by FCR | at 10:11 AM | 0 comments