Bermula Semula

chatroom

Riz Rakam Semula Ku Pinjam SB Versi Disko




KL, 4 JANUARI 2010: Sepanjang tahun lalu walaupun industri muzik kemarau dengan album baru, banyak juga lagu baru muncul di pasaran. Dalam dalam banyak-banyak lagu duet, tentu ramai setuju kalau Murai Batu cakap antara lagu paling popular adalah Ku Pinjam Satu Bintang (Ku Pinjam SB) nyanyian Alyah & Riz.


Murai Batu pun turut berbangga kerana lagu itu adalah karya Ajai bersama Ketua Editor murai.com.my sendiri, Abang Slen yang sememangnya seorang penulis lirik low profile. Tapi yang kebetulannya, Murai Batu baru perasan, asalkan Slen menulis lirik lagu duet cinta, penyanyi yang berduet itu terus tempias kena krisis!


Contohnya lagu Cinta Mencintai Kita (Nurul & Ajai), Pelita Di Bawah Purnama (Erema & Seri Bayu) dan terbaru, Ku Pinjam SB yang dinyanyikan oleh Alyah & Riz itu. Mungkin satu kebetulan tapi sudah 3 kali kebetulan, pelik juga dan ketiga-tiga lagu itu pun memang ciptaan Ajai & Slen.



Baiklah, rasanya juga ramai peminat hiburan dah tahu konflik suam-suam kuku antara Alyah & Riz gara-gara lagu Ku Pinjam SB. Khabarnya ia terjadi selepas pihak Ajai dan Riz dikatakan 'bermain tarik tali' dengan Alyah gara-gara hendak memuatkan lagu itu atau tidak dalam album solo Riz, Bermula Semula.


Kata Alyah, awalnya pihak Wake The Baby tak mahu muatkan lagu itu sebab ia sudah popular sebagai lagu duet mereka, tup-tup lagu itu memang ada dalam album Riz akhirnya. Pun begitu ia bukan versi duet tapi versi solo nyanyian Riz yang berentak ala disko. Gara-gara tindakan itu, Alyah pun terus merajuk sebab pihak terbabit dianggap tidak hormatkan perasaan Alyah. Amboi, emosi betul Alyah ye.


Namun sekarang hubungan mereka dah OK. Bagi Murai Batu, Alyah seeloknya beri sokongan kepada Riz pula sebab Riz pun dah tolong bantu naikkan lagu itu dalam album Alyah dulu. Lagipun yang buat versi solo tu bukannya artis lain, memang pasangan duet Alyah sendiri juga.


Dulu pun kalau tak silap, Datuk Sharifah Aini dan Broery Marantika pernah juga kongsi lagu yang sama dalam versi masing-masing seperti Sabar Menanti dan Hapuslah Air Matamu. Tapi Murai Batu tak tahulah pula kalau-kalau mungkin ada sesuatu yang terlalu peribadi yang Alyah cuba selindungi antara dia dengan pihak terbabit sehingga berkecil hati sangat sampaikan menangis bagai nak rak beberapa jam sebelum bertanding dalam Separuh Akhir Muzik-Muzik bersama Riz dulu.


Berbalik kepada versi nyanyian Riz, Murai Batu dapati ia memang berbeza berbanding versi duet mereka. Ia mengingatkan Murai Batu kepada muzik era 80-an ala-ala kumpulan Pet Shop Boys (British Electronic Dance Music). Lepas ni mungkin radio, disko dan kelab hiburan pula akan putarkan lagu Ku Pinjam SB versi disko Riz itu.


MURAI BATU: Nak tunggu lagu mana akan muncul sebagai Juara Lagu Ke-24, pada 10 Julai ini. Adakah lagu nyanyian artis solo atau berkumpulan?

Posted by FCR | at 9:25 PM

0 comments:

Post a Comment