Bermula Semula

chatroom

Mahu Botakkan Kepala(Kosmo Online 3/1/2010)



AKADEMI FANTASIA musim kelapan (AF8) bakal berlangsung tidak lama lagi. Kalau diperhatikan, setiap kali lahir juara baru daripada program realiti TV itu, juara lama akan merasakan tempiasnya. Malah, ada yang terus tenggelam sebaik edisi musim baru AF bermula.

Namun, bagi naib juara Akademi Fantasia musim keenam (AF6), Riz, atau Mohammed Idris Mohd Zaizizi, 23, itu hanyalah satu lagi cabaran yang perlu dilaluinya sebagai seorang artis.


"Saya sedar saya tidak boleh sekadar bersandar kepada populariti yang diraih melalui AF semata-mata. Tambahan, dalam bidang ini akan sentiasa ada cabaran baru. Disebabkan itu, saya melahirkan album solo saya. Sekurang-kurangnya orang ramai ada sebab untuk terus mengingati saya.

"Soal takut tidak timbul. Sebaliknya saya perlu sentiasa bersedia,"
ujarnya. Jika Riz sudah bersedia dengan gelombang AF8, bagaimana pula dengan isu perang dingin antaranya dan teman duet untuk lagu Ku Pinjam Satu Bintang, Alyah?


Posted by Tinie | at 5:08 PM

0 comments:

Post a Comment