Bermula Semula

chatroom

SURVIVAL IRAMA MELELEH RIZ AF6 - JOMSTAR

credit to : Azizul Zainal
thanks to Jomstar for the story
Siapa yang tidak mengenali pelajar AF6 yang selalu di tegur supaya jangan besar kepala ketika berada di Akademi dulu. Anak muda yang pernah menduduki tangga kedua musim ke enam Akademi Fantasia, Mohammed Idris bin Mohd Zaizizi atau lebih mesra dipanggil Riz, kini mampu berdiri bangga. Bangga dengan kejayaan yang pernah diraihnya di AF yang lalu dan kini dia berjaya melahirkan album single terbaru akhirnya.

Di dalam kegawatan ekonomi yang membimbangkan ini, adakah Riz mampu bertahan dengan kelahirannya secara solo ini? Keadaan muzik di Malaysia pula semakin kritikal, tambah-tambah lagi dengan adanya saingan hebat nun… jauh diseberang.

Industri nyanyian di Malaysia boleh dikatakan goyah, pendengar hari ini pula lebih ramai yang suka mendengar lagu-lagu rock indie dan menjadikan kumpulan-kumpulan ini semakin idola mereka. Walaupun sesetengah kumpulan pemuzik indie ini tidak mempunyai pakej yang cukup contohnya paras rupa berbanding Riz, namun kualiti pengisian lagu yang dihasilkan jauh lebih baik dari artis rakaman, sehinggakan kumpulan sebegini memberikan warna yang baru dalam industri muzik tanah air.

Kalau ingin membantu industri muzik bukanlah cara membikin lagu yang tiada kualiti dan akhirnya sia-sia dan masih di takuk lama. Industri muzik global pula sentiasa berubah mengikut zaman, “up to date” tetapi adakah kita masih lagi mahu keluarkan lagu-lagu tangkap leleh sedangkan kita tahu apa yang pendengar mahukan. Adakah itu yang cuba Riz zahirkan dalam single terbarunya?

Apa-apa pun nantikan kemunculan single terbaru pemuda bersuaran lunak ini yang akan dipasarkan pada bulan April 2009 dan semoga kelahiran 'Bermula Semula' dari Riz mampu terpahat di hati pendengar yang telah lama ternanti-nanti.

Single 'Bermula Semula' yang mendapat sentuhan komposer terkemuka Ajai terbitan Maestro Talent & Management Sdn Bhd mempertaruhkan konsep Balada sebagai buah tangan sulung Riz kepada peminatnya.

http://www.jomstar.com/flash/albumriz050309f/

Posted by eddy riz fan'z fren'z | at 3:23 PM

0 comments:

Post a Comment